hari rabu lepas aku pergi ke sebuah bank di bandar k.trg nak masuk cek. Masa beratur di sebuah mesin tu, ada 2 orang beratur di depan aku. Kemudian seorang yang aku rasa staf bank tersebut berbual dengan seorang lelaki yang beratur di depan aku. Lebih kurang perbualannya begini,
"Encik dah buat pinjaman ASB ker ". Orang bank tu.
"Tak ada, saya cuma simpan sendiri saja" Kata orang tu.
"Buatlah pinjaman sekarang. Kalau masuk sekarang RM 100,000 nanti Januari dia kasi dividen lebih kurang 7 persen. Kalau masuk sekarang, nanti dapat RM 7000 kalau 7 persen" Kata orang bank tu.
Lelaki tu buat tak kisah saja dengan penerangan tu, lepas tu dia terus pergi ke mesin masuk cek.
Janganlah Menipu Untuk Untung
Betul ke kalau buat pinjaman 100,000 sekarang, dividen 7 persen, akan dapat 7000 Januari nanti ? Jawapannya, tidak sama sekali.
Sebenarnya, kalau kita melabur 100,000 (Pinjaman ke atau duit sendiri) hari ni 2 November, kita hanya dapat dalam RM 583.00 saja. Iaitu 7000 bahagi 12.
Kenapa bahagi 12 ? Sebab hari ni 2 November, jadi yang dikira hanya Disember sahaja. Kalau masuk 31 Oktober, lain pulak. Iaitu 7000 bahagi 12 dan kali 2 sebab bulan November dikira bersama Disember. Jadi kalau masuk bulan oktober, mereka akan dapat dividen dalam 1,166.00
Kenalah Jujur
Kepada sesiapa saja, tak kira orang bank ker, agen ker atau orang lain, kenalah jujur. Jangan kejar keuntungan saja. Terangkanlah perkara sebenar, jangan nak tarik pelanggan saja walaupun ada banyak perkara yang disembunyikan.
aku bukan nak salahkan sesiapa, tapi kesian kerana ada ramai orang tertipu dan terpedaya terutama sesama Islam.

No comments:
Post a Comment